Info




MARZUKI MOHD ISA dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan pada 1 Januari. Mendapat pendidikan menengah di SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja dan SMK Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Pasir Panjang Kuala Terengganu (MPPP) . 


Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Institut Bahasa Kuala Lumpur (IBMM) dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga memperoleh sarjana (M.A) dalam bidang Kesusasteraan Melayu (2000). Pernah mendapat bimbingan daripada Profesor Nik Safiah Karim dan Profesor Rahman Shaari semasa belajar di Universiti Malaya. 


Kemudian bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah Tanah Rata Cameron Highland. Beliau kembali ke Kelantan tahun 2002 dan seterusnya menetap di sana sehingga kini. Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik selama 27 tahun dan kini bertugas sebagai Guru Kanan, Jabatan Bahasa SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah, Kelantan. Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada penghujung 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1988. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen, novel dan lirik lagu. Beliau pernah memenangi pertandingan Mencipta dan Melagukan Puisi peringkat negeri Pahang pada tahun 2001 dan menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang pada tahun 2018.  


Sumbangan dan kepakaran beliau dapat dilihat dalam bidang Penulisan Karangan Bahasa Melayu khususnya untuk peringkat SPM. Dalam bidang pendidikan, beliau turut menyumbangkan kepakaran sebagai penseminar bukan sahaja di negeri Kelantan malah ke seluruh negara dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tersendiri yang di jenamakan dengan panggilan Gegar Minda